KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan sistem e-pemfailan mangsa gangguan seksual bagi Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS) dijangka beroperasi tahun hadapan.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata insiatif itu dilaksana bagi membolehkan lebih ramai mangsa gangguan seksual terutamanya di Sabah dan Sarawak, boleh memfailkan aduan kepada Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS).
“Kementerian sekarang dalam proses untuk membangunkan sistem e-tribunal bagi antigangguan seksual ini dimana mangsa boleh membuat aduan secara dalam talian dan insya-Allah sistem e-pemfailan dijangka akan beroperasi tahun hadapan.
“Sebenarnya tribunal ini boleh bersidang dalam satu atau lebih persidangan pada bila-bila hari, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Senator Anna Bell Suzieana Perian pada Persidangan Dewan Negara, di sini.- KOSMO! ONLINE