fbpx

Remaja lelaki 17 tahun maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL ditunggang mangsa kemalangan maut di Kilometer 27, Jalan Langkap-Kampar dekat Teluk Intan hari ini. - Foto IHSAN PDRM

TELUK INTAN – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 27, Jalan Langkap-Kampar di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, maklumat kemalangan membabitkan motosikal jenis Honda RS-X itu diterima pada pukul 1.31 pagi.

Jelasnya siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika motosikal ditunggang mangsa yang dalam perjalanan dari arah Langkap ke Kampar, hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan.

“Kejadian tersebut menyebabkan mangsa yang masih bersekolah itu terjatuh ke atas jalan. Mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika di wad kecemasan,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI