fbpx

Remaja 17 tahun didakwa bunuh 3 budak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS pencegah rusuhan berkawal di berhampiran sebuah masjid di Southport, barat laut England pada 30 Julai lalu. – AFP

LONDON – Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun didakwa kerana membunuh tiga kanak-kanak perempuan dan cubaan membunuh 10 mangsa lain dalam serangan  pisau semasa kelas tarian bertemakan Taylor Swift, kata pihak pendakwa raya.

Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (CPS) berkata, pihaknya memberi kebenaran kepada Polis Merseyside untuk mendakwa suspek kerana membunuh berhubung kematian Bebe King (6 tahun), Elsie Dot Stancombe (7 tahun) dan Alice Dasilva Aguiar (9 tahun).

Suspek dihadapkan ke sebuah mahkamah di Liverpool, barat laut England semalam.

Bandar Southport di mana tragedi berlaku pada Isnin lalu, masih dibayangi peristiwa serangan itu dan pertempuran ganas yang tercetus pada Selasa lepas.

Botol dibaling ke arah anggota-anggota polis dan sebilangan individu ditangkap selepas orang ramai berhimpun untuk membantah serangan ganas itu. Polis menyalahkan penyokong kumpulan berhaluan kanan Liga Pertahanan England(EDL) yang berhimpun di Southport selepas melakukan perjalanan dari kawasan luar.  

Sekumpulan 100 perusuh menyerang polis dan harta benda awam. Mereka membaling bata ke arah sebuah masjid dan membakar sebilangan kenderaan serta objek lain.

Polis berkata, seramai 53 anggotanya cedera dengan lapan daripada mereka mengalami kecederaan serius.

Polis telah menahan empat suspek dalam rusuhan tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI