fbpx

Rampas 231 kenderaan mewah bernilai RM27.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela menunjukkan EV jenis Chery Omada yang dirampas pihaknya. FOTO: AFIQ RAZALI

KLANG- Cubaan membawa masuk 231 buah kenderaan mewah termasuk elektrik (EV) tanpa permit import berjaya dipatahkan dalam kejadian di Zon Bebas Pelabuhan Utara, baru-baru ini.

Rampasan kereta jenis Mini Cooper, Toyota Alphard dan Chery Omoda bernilai keseluruhan RM27.4 juta termasuk cukai dibuat pada 25 dan 27 Jun lalu.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah JKDM, Norlela Ismail, kejayaan itu hasil pemeriksaan terhadap 84 buah kontena di pelabuhan tersebut.

Katanya, kesemua kenderaan tersebut adalah untuk pasaran tempatan.

“Berdasarkan siasatan awal, kontena-kontena tersebut dari sebuah negara di Asia Timur.

“Semakan turut mendapati nilai sebuah EV itu mencecah lebih RM100,000,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelas beliau, pemeriksan lanjut turut mendapati kesemua kenderaan itu tidak mempunyain permit import dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Dalam perkembangan berlainan, Norlela memaklumkan pihaknya turut merampas 6,500 batang pokok daripada sebuah kontena di pelabuhan sama pada 6 Jun lalu.

Beliau menambah, kesemua pokok termasuk jenis bonsai dianggarkan bernilai RM325,000 didapati tidak mempunyai permit import dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

“Barangan itu diikrarkan sebagai pokok landskap plastik melalui borang kastam 4 bagi mengelak dikesan pihak kita.

“Kita tidak menolak kemungkinan pokok-pokok berkenaan akan dijual di pasaran tempatan termasuk bagi tujuan landskap,” katanya.

Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI