fbpx

Pemandu bas memandu melulu bawa rombongan guru didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa keluar selepas didakwa di Mahkamah Majistret Rompin di Rompin hari ini.

ROMPIN – Seorang pemandu bas membawa rombongan guru yang terlibat dalam nahas kemalangan maut di Jalan Kuantan-Segamat didakwa di Mahkamah Majistret Rompin hari ini atas pertuduhan memandu dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan yang mengorbankan empat mangsa pada 9 Jun lalu.

Tertuduh Zamry Pon,50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Melody Woon Sze Mun.

Mengikut kertas pertuduhan tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 9 Jun lalu di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin.

Sebagai pemandu bas persiaran tertuduh didapati memandu di atas jalan raya dengan cara melulu setelah mengambil kira tentang segala hal keadaan jalan itu sehingga menyebabkan kematian Hasnatul Adilah Hassan,49; Hadi Ashraf Mad Idris, 29; Hamzah Ahmad,60 dan Dahlia Ahmad,52.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Asyikin Hashim manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Denial Khairul Hizam.

Dalam prosiding, Muhammad Denial memohon wang jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh tidak lagi bekerja dan masih perlu menjalani rawatan akibat kejadian kemalangan berkenaan.

Katanya tertuduh yang menjalani prosedur jahitan di bahagian belakang dan menderita sakit belakang perlu menyara isteri dan empat anak berumur lapan hingga 16 tahun yang masih bersekolah.

Melody Woon kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamun dan sebutan semula kes pada 16 Ogos depan.

Dalam kejadian kira-kira 12.40 malam pada 9 Jun lalu sebuah bas yang membawa 39 penumpang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekar Simpang Tiga Bahau di sini.

Kejadian yang mengorbankan empat mangsa itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan membawa guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menyertai rombongan penanda aras.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI