fbpx

Pelancong terkejut lihat UFO bercahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCONG terkejut apabila melihat UFO di langit Ibiza. - Foto Instagram/pubity

BARCELONA – Sekumpulan pelancong dan penduduk tempatan terkejut melihat objek terbang tidak dikenali (UFO) berupa cahaya misteri di ruang udara Ibiza, Sepanyol pada Ahad lalu , lapor portal berita Daily Tribune.

Klip video mengenainya yang tular di media sosial, menunjukkan beberapa pelancong berlari ke arah cahaya misteri tersebut.

UFO itu berlegar-legar berdekatan bulan selama beberapa saat sebelum meluncur di langit dan hilang daripada pandangan.

Insiden itu mengundang pelbagai reaksi di laman sosial daripada komen bersifat jenaka hinggalah kepada perbincangan serius tentang kehidupan di angkasa lepas.

Seorang netizen menulis: “Makhluk asing cuba berpesta dengan kita.”

Pengguna media sosial lain mengulas: “Saya percaya UFO wujud hanya kerana ia bukan perkara baharu.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI