fbpx

Pelan Ezy WiFi serendah RM5 tawar akses internet lebih lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leslie David (kanan) pada majlis pelancaran pelan terbahary Ezy WiFi di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Weber Meyer Sdn. Bhd. (Weber Meyer) mengunjurkan lebih daripada 10,000 pelanggan bakal melanggan pakej internet jalur (WiFi) yang dikenali sebagai Ezy WiFi yang ditawarkan pada harga hanya RM5 sahaja.

Pakej yang boleh dilanggan di sekitar Lembah Klang itu memiliki rangkaian 7 G dan juga kelajuan 1Gbps diharap dapat membantu kumpulan masyarakat  mengakses internet dengan lebih lancar berbanding di kawasan yang sebelum ini yang menawarkan liputan WiFi. 

Ketua Pegawai Operasi Weber Meyer, Leslie David berkata, pakej murah itu mula dilancarkan hari ini bertujuan untuk membantu mengurangkan kos bebanan masyarakat kota khususnya golongan B40 dan pelajar serta mereka yang mahu berjimat dalam keadaan ekonomi sukar kini.

“Melalui Ezy Wifi, terdapat tiga pelan iaitu RM5 bagi satu hari; RM20  untuk tempoh seminggu dan RM50 selama sebulan yang  mana setiap pakej ini menawarkan rangkaian 7G di kawasan yang mendapat liputan.

“Lebih menarik, melalui pakej ini, pelanggan tidak perlu ‘terperangkap’ dengan sebarang kontrak, pemasangan, tiada deposit dan boleh digunakan pada bila-bila masa bergantung kepada keadaan kewangan pelanggan.

“Sekiranya pelanggan tidak mampu membayar WiFi, mereka tidak perlu berhutang seperti sebelum ini. Perkara ini mampu memberi pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan kerana boleh merancang kewangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media memperkenalkan tawar pakej WiFi 7G serendah RM5 iaitu termurah dan terpantas keluaran Weber Meyer di sini hari ini.

Leslie menambah, pihaknya kini dalam perancangan untuk mengembangkan perkhidmatan itu ke negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak, menjelang pertengahan tahun depan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI