fbpx

Olimpik Paris: Perancis bakal berdepan Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANCIS menempah slot suku akhir pada temasya Olimpik kali ini selepas menundukkan New Zealand awal pagi semalam. - AFP

MARSEILLE- Pasukan tuan rumah, Perancis menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir saingan temasya Sukan Olimpik 2024 dan kini dijadual menentang pilihan utama dari Amerika Selatan, Argentina pada malam esok.

Pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A awal pagi semalam, skuad Les Bleus tidak mempunyai masalah untuk muncul juara kumpulan dengan meraih kemenangan 3-0 ke atas New Zealand hasil jaringan Jean-Philippe Mateta, Desire Doue dan Arnaud Kalimuendo.

Keputusan tersebut menyaksikan Perancis bakal mengharungi laluan sukar apabila menentang Argentina yang muncul naib juara Kumpulan B sekali gus menyaksikan aksi ulangan final Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ketua jurulatih Perancis, Thierry Henry mengakui pasukannya perlu kekal fokus meskipun berjaya merekodkan kemenangan bersih pada tiga aksi peringkat kumpulan yang diharungi bertemu Amerika Syarikat (AS), Guinea dan New Zealand.

“Kita berjaya melepasi halangan pertama dengan cemerlang tetapi itu adalah tiga perlawanan yang berbeza. Secara peribadi, saya rasa prestasi pasukan semakin menunjukkan peningkatan pada setiap aksi yang diharungi.

“Ketika perlawanan pertama, mungkin pasukan sedikit gugup tetapi selepas itu segalanya menjadi mudah. Kini, fokus pasukan adalah untuk bertemu Argentina, ia adalah aksi yang sukar dan pemain perlu fokus untuk mara ke separuh akhir,” katanya.

Sementara itu, tiga lagi perlawanan suku akhir melibatkan Mesir menentang Paraguay, Maghribi bertemu AS dan Jepun dijadualkan bersaing dengan gergasi Eropah, Sepanyol dalam usaha merebut slot ke empat negara terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI