fbpx

Olimpik Paris: Dua jaguh Indonesia mengecewakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRISTIE terpaksa berputih mata apabila gagal mara ke pusingan kalah mati perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Paris kali ini. - AFP

PARIS – Detik hitam buat arena badminton Indonesia apabila tidak ada seorang pun pemain perseorangan lelaki mereka berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Ia berikutan dua jaguh utama mereka, Jonatan Christie dan Anthony Sinisuka Ginting ditunjukkan jalan keluar lebih awal selepas masing-masing gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Christie tewas 18-21, 12-21 kepada pemain India, Lakshya Sen pada aksi terakhir Kumpulan L, manakala Ginting terpaksa akur dengan kekalahan tiga set 19-21, 21-17, 15-21 kepada wakil tuan rumah, Toma Junior Popov dalam saingan Kumpulan H.

Penyingkiran Christie dan Ginting adalah kejutan terbesar pada Olimpik kali ini memandangkan kedua-dua pemain itu diletakkan dalam senarai pilihan untuk memenangi pingat emas.

“Saya bermula baik tetapi selepas beberapa mata, saya mula bermain dalam keadaan gopoh sehingga membolehkan Sen menyamakan kedudukan. Ketika berada pada situasi genting, saya melakukan kesilapan-kesilapan mudah.

“Selepas itu di set kedua, saya cuba memberi tekanan kepadanya, namun pukulan saya banyak tersasar. Sukar untuk gambarkan perasaan ketika ini kerana ia bercampur-baur,” kata Christie.

Ginting pula tanpa berselindung mengakui Popov menampilkan aksi lebih baik berbanding dirinya selain menjelaskan, dia sudah mengeluarkan segala-galanya pada perlawanan tersebut.

“Saya sangat kecewa dan kesal dengan keputusan ini. Walaupun saya berpuas hati dengan aksi ditampilkan, namun secara keseluruhan ia belum cukup untuk membawa saya ke pusingan seterusnya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI