fbpx

Nur Farah Diana hilang di Seremban, jumpa di Kubang Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR Farah Diana

SEREMBAN – Kurang 24 jam seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Sikamat di sini semalam, dia ditemui dalam keadaan selamat di Kubang Kerian, Kelantan hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, remaja itu, Nur Farah Diana Mohd. Erwadi, 17, ditemukan di rumah keluarga kenalan lelakinya dan telah dihantar ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput pulang oleh ahli keluarga dari Seremban.

“Sebelum ini mangsa dilaporkan hilang di rumah keluarganya kira-di Sikamat, Seremban kira-kira pukul 6 pagi semalam. Polis menerima maklumat kehilangan mangsa terbabit pada pukul 7.10 pagi,” katanya.

Semalam media melaporkan, seorang remaja perempuan tingkatan lima dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediamannya di Taman College Heights, Sikamat di sini.

Nur Farah Diana yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik dipercayai hilang dari rumahnya apabila disedari oleh ibu mangsa kira-kira pukul 7 pagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI