SELEPAS mencetuskan kecaman ramai gara-gara mendedahkan diri pernah jadi ‘tahi’ judi, sekali lagi pelawak Shuib menjadi sasaran kemarahan netizen.
Kali ini disebabkan pendedahan mengenai kisah arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang pernah berdepan gangguan mistik.
Dalam perkongsian bapa kepada empat anak itu, ketika awal perkahwinan lagi dia mula melihat perubahan Siti Sarah jika datang gangguan tersebut.
Menerusi podcast atau audio siar kelolaannya, Shuib memperincikan keadaan isterinya itu yang mendengus seakan-akan harimau selain menjilat kaki sendiri.
Tentu sahaja peminat menempelak tindakannya yang seolah-olah membuka aib Allahyarham, sedangkan cerita sebegitu seharusnya disimpan sahaja.
Didakwa sebagai ‘attention seeker’, sebilangan lagi netizen percaya selepas ini Shuib sanggup melondehkan lebih banyak aib demi jual konten dalam program kendaliannya.
MIZZ LAHAR: Tak sabar tengok Hafiz Suip di konsert ByAjai & Mega Friends.