fbpx

‘Nak balik hak saya’ – Puteri Sarah teruskan saman RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah akan tetap meneruskan saman terhadap bekas staf berjumlah RM1 juta. - SADDAM YUSOF

KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, tetap berkeras mahu meneruskan saman fitnah dan pecah amanah terhadap bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Nazatul Nazira.

Menurut Sarah, sudah lama dia menanti kes ini dibawa ke muka pengadilan.

“Hari ini adalah sesi mediasi untuk mencari jalan penyelesaian sama ada mahu selesaikan kes di luar mahkamah atau sebaliknya.

“Rasa macam dejavu pula kembali semula ke mahkamah bersama peguam Encik Azmi Mohd. Rais.

“Apa-apa pun saya nak dapatkan semula hak saya. Semoga saya dapat balik hak saya hari ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Tambah Sarah lagi, dia kesal dengan tindakan Nazatul yang membuat kenyataan fitnah menerusi program hiburan, Melodi sebelum datang berbincang dengannya.

“Saya dah bagi dia ruang untuk berbincang. Tapi dia tak jumpa saya, dia terus jumpa Melodi.

“Bila saya dah lantik peguam, baru dia cuba untuk hubungi saya. Tetapi saya dah tak mahu.

“Jadi kita tunggu sahaja hasil sesi mediasi hari ini macam mana,” ujarnya.

Februari lalu, Kosmo! Online melaporkan Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pekerjanya dengan jumlah saman sebanyak RM1 juta.

Nazatul Nazira dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan tidak benar mengenai dirinya yang bertujuan menjatuhkan reputasinya antaranya menggelar Puteri Sarah bodoh sombong dan mengambil dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI