KERAP berkongsi penderitaan rakyat Palestin dalam media sosial, ketulusan pelakon Nadia Brian menyuarakan sokongan terhadap insan seagama meraih pujian.
Bahkan pilihan persalinan yang kembali sedap mata memandang tanpa perlu menonjolkan keseksian turut meraih pujian.
Namun, nampaknya semua sekadar permainan selebriti. Ibarat hari ini pakai jubah esok boleh berbikini, pelakon berusia 33 tahun itu dikatakan kembali berimej seksi.
Ada antara peminat menegur penampilannya yang agak berani dalam media sosial terutama mendedahkan bahagian dada sedangkan pernah menyatakan ingin perlahan-lahan berubah. Mizz Lahar tengok, Nadia bukan main meledak tonjol segala aset ketika berada di Bali.
Entahlah, mungkin pandangan setiap individu berbeza. Siapa tahu memang Nadia nak berubah, cuma tunggu seru, bukan cakap tak serupa bikin.
MIZZ LAHAR: Terkejut seorang podcaster nyaris pecah lubang artis popular hampir dimadu.