fbpx

Lilin, kemenyan seru jerangkung ditemui dalam banglo kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banglo milik keluarga Ahmad dirosakkan oleh penghasil kandungan. – Detik Jateng

JAKARTA – Polis menemui lilin, kemenyan dan minyak masak terpakai yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan kandungan video seram tanpa kebenaran pemilik di sebuah rumah kosong, lapor laman berita Detik semalam.

Pemeriksaan itu dilakukan selepas pemilik rumah yang dikenali sebagai Ahmad, membuat laporan polis mengenai rumah banglo keluarganya di Semarang, wilayah Jawa Tengah diceroboh pesohor YouTube dan TikTok.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Semarang, Asisten Komisioner Polis Johan Widodo, identiti semua penghasil kandungan itu telah dikenal pasti.

Namun menurutnya, setakat ini mereka belum dipanggil untuk dirakam keterangan.

Semasa pemeriksaan polis dilakukan, Ahmad juga berada di situ dan dia turut disertai oleh wakil peguamnya.

Dia menunjukkan objek-objek yang dipercayai digunakan dalam ritual untuk menyeru makhluk halus.

Rumah itu turut mengalami pelbagai kerosakan selain beberapa barangan hilang seperti penyaman udara, dipercayai akibat perbuatan individu-individu yang memecah masuk.

Antara objek yang ditemui termasuk pinggan plastik, batang kemenyan, lilin dan minyak masak terpakai.

“Ini digunakan dalam ritual mereka. Berdasarkan kandungan video mereka, ada juga ritual yang kononnya menyeru hantu jerangkung,” kata Ahmad.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, berikutan video-video seram yang dibuat tanpa kebenaran di rumah itu, ia membuatkan hartanah tersebut tidak laku dijual.

Ahmad turut meluahkan rasa kesal kerana barangan berharga termasuk perabot turut hilang, selain dokumen-dokumen peribadi keluarganya didedahkan dalam video yang dimuat naik di laman sosial. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI