fbpx

LHDN sasar 21 juta e-Invois dikeluarkan setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah ketika sesi Jawab Lisan di Dewan Negara hari ini. - FOTO JAPEN.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mensasarkan sebanyak 21 juta e-Invois akan dikeluarkan setiap hari dan 5,000 syarikat dijangka akan melaksanakan kaedah pembayaran itu mulai hari ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia berdasarkan persekitaran pengujian dan produksi bagi Application Programming Interface (API) yang dibuka sejak April lalu kepada semua syarikat dan pembayar cukai.

“Setakat 1 Ogos 2024,sebanyak 16 ribu syarikat telah berjaya mengakses sandbox API dan 3,500 syarikat telah mempunyai akses kepada persekitaran produksi API.

“Portal MyInvois juga telah berjaya diakses oleh 47,000 pembayar cukai mulai bulan Jun 2024.

“Sehingga hari ini, lebih 800,000 e-invois telah berjaya dihantar melalui Portal MyInvois, manakala sebanyak 4 juta e-invois telah berjaya dihantar melalui kaedah API bagi persekitaran produksi dan pengujian,” katanya di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Noraini Idris yang ingin tahu mengenai perkembangan terkini pelaksanaan e-Invois oleh kerajaan.

Tambah Amir Hamzah, bagi aspek ujian keberkesanan portal MyInvois dan API, Kerajaan telah menjalankan projek rintis pelaksanaan e-Invois sejak bulan Mei lalu yang melibatkan lebih 90 syarikat-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI