fbpx

Legenda Man. United ‘curi’ bakat Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISTELROOY

MANCHESTER – Keputusan Manchester United membawa pulang bekas penyerang, Ruud van Nistelrooy kembali ke Old Trafford dengan peranan sebagai jurulatih sudah mula menunjukkan hasil positif buat gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

United bukan sahaja menandatangani Leny Yoro dan Joshua Zirkzee tetapi turut berjaya menyambar seorang bakat muda, Chido Obi-Martin yang mempunyai potensi cukup besar untuk memintas kedua-dua pemain baharu itu di masa depan.

Menariknya, Obi-Martin menolak kontrak lanjutan daripada Arsenal dan memilih untuk menyertai The Red Devils yang dirasakan sebagai destinasi paling ideal buat perkembangan kariernya.

Ia satu kerugian besar buat Arsenal kerana penyerang berusia 16 tahun itu dikatakan antara aset masa depan kelab berkenaan selepas mengumpul 32 jaringan musim lalu termasuk meledak 10 gol ketika menewaskan akademi Liverpool 14-3.

Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano mendedahkan, Obi-Martin memilih United disebabkan beberapa faktor dengan salah satu daripadanya ialah pujukan daripada Nistelrooy.

United turut menawarkan penyerang berasal dari Denmark itu peluang untuk beraksi dalam skuad utama selain keyakinannya terhadap kebolehan Erik ten Hag menangani pemain-pemain muda.

Disebabkan itu, Obi-Martin tanpa berfikir panjang menolak segala tawaran lain termasuk dua gergasi Jerman, Bayern Munich dan Borussia Dortmund yang berminat mendapatkan khidmatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI