fbpx

Langkah Tang Jie-Ee Wei tersekat di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CABARAN Tang Jie (kanan) dan Ee Wei di Olimpik Paris berakhir selepas tersingkir pada pusingan suku akhir hari ini. - AFP

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi mangsa terbaharu yang tersingkir daripada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas tewas kepada kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan di pusingan suku akhir awal pagi tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur dengan kekalahan straight set 19-21, 14-21 kepada pasangan yang menghuni ranking kelapan dunia itu.

Kekalahan tersebut turut menyaksikan naib juara Terbuka Switzerland itu menjadi pemain badminton kedua negara tersingkir daripada edisi kali ini selepas perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei semalam.

Bagaimanapun, pencapaian dilakukan Tang Jie-Ee Wei wajar diberikan pujian memandangkan ini merupakan penampilan sulung mereka pada temasya sukan terbesar dunia tersebut.

Dalam pada itu, mereka juga melakar kejutan terbesar apabila berjaya menewaskan pasangan No.3 dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping di peringkat kumpulan sehingga membolehkan mereka menjadi juara Kumpulan D.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam beregu campuran adalah menerusi Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang memenangi pingat perak ketika beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI