fbpx

KPK jelajah setiap negeri pastikan piawaian EUDR dipatuhi – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Bersama Exco-Exco Pertanian Negeri di Hotel Le Meridien, Putrajaya, hari ini. -Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan melakukan jelajah ke seluruh negara bagi memastikan setiap negeri mematuhi piawaian antarabangsa termasuk aspek Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pematuhan terhadap piawaian itu penting kerana sebarang ketidakpatuhan boleh menggugat kebolehpasaran produk agrikomoditi negara di pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, pihaknya mengakui setiap negeri mempunyai peraturan tanah yang berbeza-beza justeru, piawaian itu perlu dijelaskan dengan betul dan tepat.

“Soal (peraturan) tanah ini berbeza di setiap negeri dan mereka (kerajaan negeri) meminta kementerian untuk turun ke setiap negeri bagi menjelaskan perkara (piawaian) itu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Exco-Exco Pertanian Negeri di sini hari ini.

Pada masa sama, Johari berkata, pihaknya juga perlu memastikan hutan simpan di seluruh negara tidak lagi diteroka untuk sebarang bentuk tanaman dan perladangan.

Menurutnya, ketika ini, rizab hutan simpan negara di seluruh negara berada pada tahap 54 peratus berbanding 50 peratus yang ditetapkan menerusi Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI