fbpx

Klopp beri bayangan sedia bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP tidak berminat untuk kembali ke bidang kejurulatihan buat masa ini dan lebih selesa untuk menghabiskan ‘percutiannya’. - AFP

WURZBURG, Jerman – Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp segera menutup segala khabar angin yang mengatakan dia akan menerima tawaran untuk melatih England bagi menggantikan Gareth Southgate.

Buat ketika ini, Klopp mahu meneruskan tempoh ‘percutiannya’ selepas mengharungi tempoh sembilan musim yang penuh warna-warni bersama The Reds.

Klopp juga menegaskan beliau tidak berminat untuk menerima sebarang tawaran dan mahu menjauhkan diri daripada publisiti buat seketika.

“Buat masa ini tiada sebarang tawaran kerja sama ada di peringkat kelab mahupun negara. Kebanyakan orang tidak mendengar lagi tentang perkara ini.

“Ia akan menjadi sesuatu yang memalukan dalam sejarah bola sepak jika kamu mengatakan saya akan menafikannya. Saya masih ada kerja yang perlu dilakukan.

“Adakah saya akan kembali melatih pasukan? Buat masa ini saya ‘tarik diri’ daripada melakukannya. Tiada apa-apa sekarang dan kita akan lihat semula dalam tempoh beberapa bulan lagi,” katanya.

Kejayaan Klopp meraih pelbagai kejuaraan termasuk menamatkan penantian lama Liverpool untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris terus melonjakkan sahamnya biarpun beliau tidak terikat dengan mana-mana kelab ketika ini.

Selain Klopp, nama seperti Graham Potter, Eddie Howe, Lee Carsley dan Mauricio Pochettino juga dilihat sebagai jurulatih pilihan untuk melatih The Three Lions.

Kali terakhir England dilatih jurulatih asing pada 2008 menyaksikan The Three Lions dibimbing Fabio Capello dari Itali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI