fbpx

‘Kita akan berhimpun Ahad ini, sampaikan mesej jelas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyertai Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan di Masjid Negara hari ini

KUALA LUMPUR – Kabinet telah membincangkan insiden serangan ke atas Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan mengutuk keras pembunuhan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan yang tegas juga telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan perhimpunan menyokong Palestin akan diadakan Ahad ini.

“Kita sudah bincang dalam Kabinet. Kita sudah buat kenyataan yang tegas. Kita akan adakan perhimpunan hari Ahad. Saya ingat ini cukup dalam menyampaikan mesej.

“Kabinet (Malaysia) mengutuk ‘killing insanity’ dilakukan oleh rejim Israel terhadap Ismail Haniyeh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan di ibu negara hari ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan, satu perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad ini.

Perhimpunan itu menyusul selepas kematian pemimpin Hamas Dr Ismail Haniyeh dalam serbuan rejim Zionis di Tehran, Iran semalam.

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan tersebut berlangsung di Masjid Negara di sini kira-kira pukul 5.15 petang selepas solat Asar.

Turut serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay turut dilihat menyertai majlis berkenaan.

Bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Hari Pahlawan tersebut diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI