REMBAU – Sebuah kedai yang menawarkan masakan berasaskan salai dan menu kampung berhampiran Tol Pedas, di sini, terbakar dalam kejadian pukul 8.50 malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Zulfadzli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran tersebut kira-kira pukul 8.56 malam.
“Berdasarkan siasatan awal, lebih kurang pukul 8.50 malam, pemanggil ternampak api yang sudah marak di bahagian dapur kedai dan segera menghubungi talian MERS 999. Ketika kejadian tiada penghuni mahupun pekerja di kedai.
“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 9.13 malam dan operasi tamat pada pukul 10.05 malam. Kedai makan ini dianggarkan terbakar 80 peratus,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE