fbpx

Kandungan PM diturunkan: Meta diarah beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan meminta agar Meta memberi penjelasan berhubung tindakan syarikat berkenaan menurunkan kandungan berkaitan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh terutama melibatkan akaun media sosial rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada semalam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan amat berasa kesal dengan tindakan yang diambil oleh Meta yang dilihat hanya menyasar kepada akaun rasmi termasuk beberapa pemimpin lain negara ini.

“Saya telah meminta supaya penjelasan diperoleh daripada pihak Meta kenapa hanya hantaran ataupun kandungan dimuat naik di akaun rasmi Perdana Menteri yang disasar.

“Waktu ini ada beberapa kemungkinan sama ada ia diturun pihak Meta sendiri secara automatik ataupun yang diterima daripada aduan orang ramai.

“Waktu ini kita belum dapat penjelasan yang penuh dan kita sedang nantikan daripada pihak Meta,” katanya dalam sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar menyifatkan tindakan Meta menurunkan ucapan takziah dan kritikan atas pembunuhan Ismail daripada laman Facebook dan Instagram sebagai biadab serta menghina perjuangan rakyat Palestin.

Katanya, tindakan berkenaan adalah tidak masuk akal apabila menganggap hantaran untuk menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah air sendiri daripada kezaliman, sebagai berbahaya.

Fahmi turut memaklumkan, beliau turut menerima aduan daripada media tempatan berhubung hantaran mereka turut diturunkan oleh pihak Meta.

“Saya meminta mana-mana organisasi media untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya dikenakan tindakan serupa supaya usaha mengembalikan hantaran berkenaan dilakukan,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI