fbpx

Kanak-kanak 2 tahun maut jatuh tingkat 16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tular menunjukkan seorang kanak-kanak maut terjatuh daripada tingkat 16 sebuah kediaman apartment di Taman Daya, Johor Bahru, pada 30 Julai lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah apartment di Taman Daya di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 9.16 malam, ketika penjaga kanak-kanak berkenaan sedang menunaikan solat.

Menurut beliau, kanak-kanak itu dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Hasil siasatan, mangsa bersama keluarganya baharu selesai beriadah di kolam renang kediaman itu. Setelah mereka pulang ke unit rumah itu, ibu kanak-kanak itu bersama ahli keluarga lain mengunjungi pusat dobi.

“Mangsa ditinggalkan dengan pasangan suami isteri berusia 56 dan 78 yang juga merupakan ahli keluarga terdekat di unit kediaman itu. Kanak-kanak itu kemudian ditinggalkan bersendirian di ruang tamu ketika pasangan itu menunaikan solat.

“Selepas pasangan itu selesai solat, mereka mendapati kanak-kanak berkenaan tiada di ruang tamu dan dipercayai telah jatuh ke tingkat 8 daripada tingkap terbuka di sebuah bilik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI