fbpx

Isteri jurutera mengaku curang, suami gagal nafkah batin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG suami meminta bantuan pesohor media sosial selepas mendakwa isterinya berlaku curang. – AGENSI

BANGKOK – Isteri seorang jurutera Thailand mengaku curang terhadap suaminya bersama seorang sukarelawan penyelamat di wilayah Chon Buri, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Gift bagaimanapun berkata,  jadual kerja suaminya yang padat, penderaan domestik dan hakikat lelaki berkenaan  tidak dapat memenuhi keperluan batinnya memaksa dia terlibat dalam hubungan sulit itu. 

Penjelasan tersebut bercanggah dengan dakwaan suaminya.

Suaminya yang berusia 42 tahun dan dikenali sebagai Sam telah menghubungi pesohor media sosial, Guntouch ‘Gun’ Pongpaiboonwet untuk membantu  mencari keadilan selepas Gift, 20,  mempunyai hubungan sulit dengan sukarelawan berusia 21 tahun  bernama Em. 

Em dan rakannya kemudian datang ke rumah Sam dan mengugutnya.

Sam mendedahkan dalam satu sidang akhbar pada minggu ini bahawa dia menangkap Gift dan Em melakukan hubungan intim dalam van pasukan penyelamat. 

Tambah Sam, dia menjaga isterinya dengan baik dan memberikan elaun 20,000 baht(RM2,567) pada setiap bulan. Bagaimanapun, Gift telah mengkhianatinya berkali-kali. 

Sam menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya dan kekasih wanita berkenaan.

Gift kemudian tampil membela diri semasa wawancara bersama Amarin TV semalam. 

Dia mengaku menjalin hubungan sulit dengan Em dan bertemu kekasihnya buat kali pertama pada 9 Julai lalu di kedai runcit milik ibu saudaranya di Chon Buri.

Em kemudian menghubunginya melalui Facebook. 

Gift mengaku menyimpan perasaan pada Em kerana Sam gagal melayannya di kamar tidur. Gift berkata, dia mengatur pertemuan dengan Em berkali-kali tetapi tidak pernah melakukan sebarang aktiviti seksual sehinggalah hari hubungan mereka terbongkar.

Gift  menyesal atas apa yang telah dia lakukan dan telah meminta maaf kepada suaminya. Wanita itu juga meminta peluang kedua dalam hubungan rumah tangga mereka. 

Suaminya juga telah memaafkannya, lantaran Gift keliru mengapa Sam memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Dia juga mendedahkan bahawa Sam tidak memberikan wang belanja 20,000 baht sebulan seperti yang didakwa.

Sebaliknya, dia hanya memberinya antara 2,000 (RM256)  hingga 3,000 baht (RM385) pada setiap bulan.

Kekurangan nafkah itu memaksa Gift untuk  sekali-sekala meminjam wang daripada ibu saudaranya. 

Gift juga bekerja di kedai runcit ibu saudaranya dan menjual produk secara online bagi mendapatkan wang.

Menurutnya, Sam bertindak kasar, terutamanya apabila dia mabuk. Suaminya akan menyerangnya secara fizikal dan mempamerkan tingkah laku ganas di hadapan anak mereka serta anak lelaki berkenaan daripada perkahwinan  terdahulu.

Gift menyatakan bahawa dia ingin menceraikan Sam dan mengakui kesalahannya, sambil menambah, dia akan membenarkan suami menyamannya atas tuduhan zina, mengakui bahawa itu adalah hak lelaki berkenaan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI