fbpx

Hujan lebat di Kedah, Perak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, Kedah dan Perak antara negeri yang berdepan cuaca buruk berkenaan.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Turut terkesan, Kelantan (Jeli), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Dungun), Pahang (Tanah Tinggi Cameron),” kata kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak juga dijangka mengalami cuaca buruk sama.

“Di Sarawak, ia melibatkan Serian, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Sementara di Sabah, kawasan terkesan adalah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan),” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI