fbpx

Hantaran takziah Muhyiddin pula diturunkan Meta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PETALING JAYA – Hantaran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Facebook mengenai ucapan takziah terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh, semalam, turut diturunkan pihak Meta.

Muhyiddin menerusi Facebook hari ini, turut berkongsi tangkap layar pemberitahuan Meta berkaitan sekatan berkenaan.

Ia turut memaklumkan bahawa hantaran itu diturunkan berikutan berlakunya pelanggaran standard komuniti.

“Facebook telah menurunkan hantaran ucapan takziah kepada Almarhum Ismail Haniyeh.

“Tiada maklumat lanjut diberikan,” tulisnya ringkas.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran terhadap Meta supaya tidak menjadi pengecut dan perkakas rejim Zionis Israel.

Ia berikutan hantaran video serta ucapan takziah beliau terhadap pembunuhan berkenaan turut diturunkan Meta, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI