PUTRAJAYA – Menteri Digital, Gobind Singh Deo menyangkal keras dakwaan pemimpin pembangkang kononnya Digital Nasional Berhad (DNB) bakal menjadi projek gajah putih.
Gobind menegaskan bahawa data terkini menunjukkan pelan pendigitalan kebangsaan itu berada pada landasan yang amat positif.
“Secara keseluruhannya, apa yang sudah dilaksanakan pihak DNB setakat ini adalah baik dan saya berasa tiada isu pula konon ia akan gagal atau menjadi gajah putih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kerajaan Digital Alibaba Cloud di sini hari ini.
Isnin lalu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menzahirkan kebimbangan mengenai syarikat milik kerajaan itu dan didakwa bakal menjadi gajah putih.- KOSMO! ONLINE