fbpx

Empangan menyusut bukan sebab pembalakan – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Tasik Pedu yang semakin kering akibat cuaca panas dan kemarau ketika ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menepis dakwaan yang mengatakan paras takungan di Empangan Muda dan Empangan Pedu menyusut disebabkan aktiviti pembalakan.

Kata beliau, perkara itu langsung tiada kena-mengena dengan pembalakan, sebaliknya berlaku akibat kemarau panjang.

“Saya tahu ada pihak nak salahkan kerajaan kononnya perkara itu berlaku disebabkan balak. Walhal tak ada pembalakan pun di kawasan seluas 72,000 hektar di Hutan Simpan Ulu Muda.

“Luar daripada kawasan itu memang ada pembalakan dan itu pun disebabkan kelulusan lama, sebelum pentadbiran ini. Semua penebangan itu mengikut kuota ditetapkan Jabatan Perhutanan iaitu 4,200 hektar setahun,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Jiwa Merdeka sempena Hari Kebangsaan di sini, hari ini.

Ketika ini, kadar tiga empangan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) semakin menyusut.

Mengikut maklumat dipaparkan di laman web MADA, paras air di Empangan Muda hanya tinggal 8 peratus, empangan Pedu 39.09 peratus dan Empangan Ahning 81.80 peratus dengan purata keseluruhan takungan bagi ketiga-tiga empangan adalah 43.68 peratus.

Tambahnya, penebangan meliputi keluasan 4,200 hektar setahun itu bukan berlaku di di Ulu Muda sebaliknya dilakukan di seluruh Kedah.

“Semua itu tidak menjejaskan apa-apa, air berkurang sebab hujan tak turun. Dalam hal ini, kita minta pertolongan daripada Allah dan jangan salahkan orang itu atau orang ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI