fbpx

Duit wanita lesap RM160,000 ditipu doktor cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Lamunan cinta dengan seorang doktor di alam maya, membuatkan seorang wanita warga emas terjerat dengan sindiket ‘Love Scam’ sehingga mengakibatkannya lesap wang persaraan sebanyak RM160,000.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, pada awal April lalu, mangsa berusia awal 70-an berasal dari Miri itu telah berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Dr. Wang Muyang melalui aplikasi Line.

Katanya, mangsa kemudian berhubung dengan suspek dan telah dilamun cinta.

“Dr. Wang kononnya ingin mengirim barang kepada mangsa sebagai tanda perkenalan dan seminggu kemudian, mangsa dimaklum oleh pihak kastam terdapat parcel atas nama mangsa yang mengandungi barang terlarang iaitu wang tunai mata wang Amerika.

“Bagi melepaskan parcel dan menyelesaikan kes itu, mangsa telah diminta membuat pembayaran. Mangsa yang panik telah membuat pembayaran bermula dari hujung April sehingga hujung Julai lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mancha berkata mangsa telah membuat sembilan transaksi wang secara berperingkat ke empat akaun bank yang berbeza berjumlah RM160,000.

“Mangsa memberitahu wang itu adalah simpanannya dan sedar ditipu setelah merujuk perkara tersebut kepada anaknya. Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis pada 30 Julai lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI