fbpx

Doktor keluarkan belut hidup dalam dubur pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Belut sepanjang 63.5 sentimeter dikeluarkan dari dubur pesakit. - Newsflash

HANOI – Sepasukan doktor di Vietnam mengeluarkan seekor belut hidup dari dalam dubur seorang lelaki selepas haiwan itu cuba membebaskan diri dengan menggigit usus besar pesakit, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berdasarkan keputusan ujian  X-ray pada 27 Julai lalu, doktor-doktor mendapati terdapat belut hidup sepanjang 63.5 sentimeter di dalam dubur pesakit dari India itu.

Haiwan itu cuba membebaskan dirinya  dengan menggigit dinding usus besar pesakit.

Pasukan perubatan di Hospital Viet Duc, Hanoi terkejut kerana selain belut, mereka turut menemui sebiji lemon di dalam dubur lelaki berkenaan.

Pakar bedah terpaksa membedah perut pesakit untuk mengeluarkan belut itu dengan menggunakan forsep.

Timbalan Pengarah Hospital Viet Duc, Dr. Le Nhat Huy berkata, ia adalah kali pertama pasukannya mengeluarkan haiwan hidup daripada  dubur pesakit meskipun pelbagai objek lain pernah dikeluarkan sebelum ini.

“Orang ramai tidak sepatutnya memasukkan haiwan ke dalam dubur mereka kerana akibatnya boleh menjadi teruk,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI