fbpx

Budak 10 tahun diperkosa kekasih dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dirogol empat kali oleh seorang lelaki dipercayai kekasihnya selepas dibawa ke hutan sekitar Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kampung Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa warga Myanmar mengalami nasib malang itu ketika dalam perjalanan pulang dari kelas tambahan kira-kira pukul 8 malam.

“Suspek lelaki Myanmar yang berusia 35 tahun bertindak membawa mangsa ke hutan seterusnya menodai mangsa sebanyak empat kali.

“Suspek dan mangsa dipercayai menjalin hubungan percintaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya bertindak menahan suspek yang bekerja sendiri sebagai pengutip besi buruk tepi jalan di sekitar Cheras Baru, di sini, Isnin lalu.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

“Perintah tahanan reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI