fbpx

Boeing 737 berlanggar dengan Airbus A319 di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badan pesawat mempunyai kesan berlubang akibat perlanggaran tersebut. – Getty Images/Jam Press Vid

SAO PAULO, BRAZIL  –  Sebuah pesawat sarat membawa penumpang mengalami berlubang  pada badannya selepas berlanggar dengan kapal terbang lain di sebuah lapangan terbang di Brazil, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kemalangan berlaku disebabkan kegagalan peralatan ‘pushback’, demikian menurut kenyataan pengurusan Lapangan Terbang Congonhas di bandar raya  Sao Paulo.

‘Pushback’ merujuk kepada proses di mana kenderaan darat tertentu digunakan untuk mengalihkan pesawat dari bahagian parkir ke kedudukan sedia untuk berlepas.

Dalam kejadian pada 29 Julai lepas, dua pesawat terbabit adalah Boeing 737 milik GOL Airlines dan Airbus A319 milik LATAM.

Pesawat pertama dilaporkan bersiap untuk berlepas ke Florianopolis, manakala pesawat LATAM ketika itu baru mendarat di Rio de Janeiro.

Kedua-dua pesawat itu membawa penumpang ketika kejadian.

Seorang jurucakap GOL berkata: “Penumpang turun dengan selamat, yang merupakan keutamaan nombor satu kami. Mereka disediakan pesawat lain untuk meneruskan perjalanan.”

Sementara itu, wakil LATAM berkata, pesawat berkenaan akan dibaiki dan kejadian itu sedang disiasat.

Pesawat GOL adalah yang paling banyak mengalami kerosakan, namun tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI