fbpx

Beruang matahari sesat ‘merayau’ 10 kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beruang matahari yang berjaya ditangkap Perhilitan di Kampung Jati, Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seekor beruang matahari jantan yang dilaporkan tersesat dan merayau di sekitar daerah ini dan Kuala Terengganu sejak seminggu lalu berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini.

Haiwan liar seberat 90 kilogram (kg) itu berjaya ditangkap sepasukan penguat kuasa Perhilitan negeri di Kampung Jati, Gong Badak di sini pada pukul 12.50 tengah malam.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, sebelum ini, beruang matahari itu didakwa ditemui merayau di sekurang-kurangnya 10 perkampungan di daerah ini dan Kuala Terengganu.

Beliau berkata, antara lokasi terbabit ialah Bukit Tumboh serta Taman Desa Wakaf Baru di sini dan Kampung Hutan Banau, Sungai Derhaka, Sungai Rengas, Kuala Bekah, Pulau Musang, Pulau Rusa, Paloh Sungai Kiat dan Losong, Kuala Terengganu.

“Kita percaya ia haiwan liar sama yang diadu berkeliaran di perkampungan penduduk sejak seminggu lalu. Ia disebabkan beruang matahari yang ditangkap berkenaan mempunyai parut dan bengkak di bahagian belakang badannya sama seperti yang tular sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI