fbpx

Bersatu mohon batal saman Suhaili

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Tinggi Shah Alam - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan saman yang difailkan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman berhubung pemecatannya oleh parti berkenaan.

Selain itu, Suhaili selaku plaintif dalam tindakan itu juga tidak mempunyai sebarang locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan saman tersebut kerana bukan lagi ahli parti terbabit.

“Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan perkara pokok (subject matter) yang dibawa oleh plaintif mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966. Selain itu, tuntutan plaintif adalah mengaibkan, menyusahkan, remah dan satu penyalahgunaan proses mahkamah bagi mencapai satu motif tersembunyi,” kata Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya bagi pihak Bersatu.

Oleh itu, parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu memohon agar saman Suhaili dibatalkan dengan kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai.

Muhammad Suhaimi yang merupakan pegawai awam Bersatu mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 dan dinamakan sebagai defendan dalam saman tersebut berkata demikian dalam permohonan untuk membatalkan saman oleh Suhaili.

Permohonan tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Chetan Jethwani & Company pada petang semalam (31 Julai) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Seksyen 18C menyatakan bahawa keputusan parti politik atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau oleh perlembagaan adalah muktamad dan konklusif dan keputusan tersebut tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa jua alasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI