fbpx

Belum sempat merasa dah kena serbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUAT KUASA JIM memeriksa dokumen wanita warga Thailand yang dicekup bersama salah seorang pasangan adik-beradik di hotel bajet di Melaka Raya, malam tadi.

MELAKA – Dua beradik dicekup bersama-sama melanggan wanita dipercayai pelacur warga asing dengan bayaran RM250 setiap seorang di sebuah hotel bajet di sekitar Melaka Raya dekat sini, malam tadi.

Lelaki berusia 30 dan 31 tahun yang berasal dari Pahang itu bagaimanapun mendakwa tidak sempat melampiaskan nafsu selepas bilik hotel didiami masing-masing diserbu pasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Menurut abangnya, tempahan itu telah diuruskan olehnya melalui aplikasi WeChat, termasuk perkhidmatan untuk adiknya yang berada di bilik lain di tingkat sama hotel berkenaan.

“Saya tidak pernah berbual dengan mana-mana individu, hanya melalui pesanan mesej WeChat dan diberitahu lokasi, masa dan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

“Kami baru sahaja sampai pada pukul 9.30 malam tadi, saya pun tidak sempat berbuat apa-apa sebelum tiba-tiba bilik diserbu penguat kuasa. Rasa menyesal, memang sangat menyesal,” kata mereka ketika disoal siasat penguat kuasa JIM.

Kedua-dua beradik itu yang bekerja sebagai mekanik turut diberikan borang Imm.29 (Saman Kepada Saksi) untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah JIM negeri, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, serbuan itu dilakukan di bawah Op Dandan, Op Kutip dan Op Gegar melibatkan lima lokasi sasaran di sekitar Jasin serta Melaka Tengah.

“Sepanjang operasi bermula pukul 3 petang sehingga 2.30 pagi tadi, kita telah menahan 13 warga asing termasuk seorang lelaki Pakistan serta India di sebuah kedai gunting rambut di Jasin, manakala 11 lagi di tiga buah hotel bajet di sekitar Melaka Raya.

“Seramai sembilan wanita ditahan masing-masing tiga warga Indonesia, Thailand dan Vietnam disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran. Ketika ditahan dua daripadanya sedang melayani lelaki tempatan yang juga adik-beradik,” ujarnya.

Katanya, kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak mempunyai permit sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas,permit atau pas sempadan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI