fbpx

Ayatollah Khamenei arah Iran serang Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khamenei mengeluarkan arahan tersebut semasa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran. - AFP

TEHRAN – Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengarahkan serangan dilancarkan ke atas Israel, beberapa jam selepas pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh dalam serangan udara awal semalam, lapor akhbar New York Post.

Khamenei mengeluarkan arahan itu semasa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Nasional Tertinggi Iran, yang bersidang sejurus selepas Ismail terbunuh.

Iran dan Hamas menyalahkan Rejim Zionis berhubung serangan udara terhadap Ismail walaupun Israel tidak mengulas mengenai pembunuhan tersebut.

Ismail yang merupakan ketua politik kumpulan pejuang Palestin, berada di Tehran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden baharu Iran.

Tidak jelas apa pilihan yang akan dilakukan oleh Iran, namun komander-komander  tenteranya  mempertimbangkan serangan dron dan peluru berpandu menyasarkan kemudahan tentera berhampiran Tel Aviv dan Haifa, lapor New York Times yang memetik pegawai Iran.

Khamenei selain itu mengarahkan komander Pengawal Revolusi Iran dan tenteranya untuk menyediakan serangan dan rancangan pertahanan sekiranya konflik di Asia Barat semakin meluas.

Ia berkaitan sama ada serangan dari Israel atau Amerika Syarikat (AS) ke atas Tehran, kata pegawai tersebut.

Pada April lalu, Iran melancarkan 300 peluru berpandu dan dron ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan jeneral Pengawal Revolusi Iran di Syria.

Israel dengan bantuan AS dan Jordan, memintas 99 peratus daripada peluru yang dilancarkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI