fbpx

Anwar setuju polis buka semula kertas siasatan Teoh Beng Hock

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika bertemu dengan keluarga mendiang Beng Hock, di Putrajaya, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian kerajaan yang bersetuju untuk pihak polis membuka semula kertas siasatan terkait kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Menerusi kenyataan di Facebooknya, beliau memberi jaminan siasatan kali ini akan dilaksanakan secara telus dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Beliau berkata, campur tangan pihak tersebut khususnya mengambil kira pandangan Mahkamah Rayuan berhubung kes ini pada 5 September 2014.

Dalam hantaran yang sama, Anwar turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan pertemuan beliau dengan ahli keluarga mendiang Beng Hock di Putrajaya.

“Saya berbicara panjang bersama ibu bapanya, Teng Shuw Hoi dan Teoh Leong Hwee, di samping anak mendiang Teoh Er Jia dan adik mendiang Teoh Lee Lan.

“Saya mendengar segala keluhan dan beberapa permintaan daripada pihak keluarga.

“Saya telah lama mengikuti rapat kes ini dan memahami kesedihan serta penderitaan keluarga yang telah sekian lama memperjuangkan keadilan buat mendiang,” katanya.

Terdahulu sebuah portal melaporkan, sekumpulan aktivis yang menuntut keadilan atas kematian mendiang Beng Hock disekat daripada menghampiri bangunan Parlimen di ibu negara.

Dalam laporan itu, polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membuat rantaian manusia bagi kira-kira 100 meter sebelum pagar Parlimen.

Laporan portal itu menyebut, Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi asalnya mahu menyerahkan memorandum di pagar mahkamah, namun mereka diberitahu supaya mendapatkan kebenaran kerajaan terlebih dahulu.

Mendiang Beng Hock ditemui meninggal dunia pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tingkat 14 bangunan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI