fbpx

Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 berkuat kuasa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 (MSBA 2024), yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan berkuat kuasa bermula hari ini, 1 Ogos 2024.

Pindaan tersebut antara lain memperuntukkan penjara mandatori untuk tempoh tidak lebih 10 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM50,000 bagi pengendali perniagaan perkhidmatan wang (MSB) yang haram; serta penerangan yang lebih jelas berhubung kesalahan bersubahat dengan pengendali haram.

Ia juga memperuntukkan takrifan perniagaan kiriman wang dan skop bukti lebih jelas untuk digunakan bagi mendakwa pengendali haram; serta tindakan pentadbiran, dan bukan tindakan undang-undang, yang perlu diambil oleh BNM terhadap kesalahan operasi oleh pemegang lesen MSB, selaras dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih setara dengan tahap keseriusan kesalahan.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pindaan pada MSBA akan memperkukuh keupayaannya untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berkesan terhadap pengendali haram.

“Langkah ini akan bertindak sebagai pencegahan yang mantap terhadap aktiviti tidak dibenarkan yang boleh mendedahkan pelanggan kepada risiko serta menjejaskan integriti industri MSB,” katanya.

MSBA diterbitkan untuk pertama kali pada 2011 dan akta berkenaan mentadbir amalan serta penyeliaan industri MSB yang terdiri daripada pengurup wang, pengendali perkhidmatan kiriman wang dan pemborong mata wang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI