fbpx

250 keluarga, 5 sekolah Penampang terima bantuan banjir Yayasan Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon (tengah) bersama wakil YBR ketika sesi penyerahan bantuan kepada ahli keluarga mangsa yang terjejas akibat banjir.

PETALING JAYA – Kira-kira 250 keluarga termasuk lima buah sekolah yang terkesan akibat banjir di sekitar Penampang menerima bantuan tunai daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).

YBR menghulurkan bantuan RM50,000 yang mana sebanyak RM200 diberikan kepada setiap keluarga mangsa banjir manakala bantuan RM50,000 kepada lima buah sekolah yang terjejas.

Majlis penyerahan bantuan RM100,000 itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick di Dewan Huguan Siou Tuavon Penampang, Sabah.

Turut hadir Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Presiden Majlis Perbandaran Penampang, Francis Chong.

Sementara itu, Ewon berkata, usaha murni itu diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan buat mangsa banjir bagi meringankan urusan kewangan keluarga serta pihak sekolah dalam meneruskan sesi persekolahan yang bakal memasuki penggal kedua.

“Bantuan khas ini diberikan kepada setiap keluarga serta sekolah yang telah dikenalpasti terjejas di dalam musibah banjir melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.174 Penampang bagi memudahkan proses pengagihan bantuan.

“Terima kasih kepada pihak YBR kerana menyantuni mereka yang terkesan dan diharapkan peruntukan yang disalurkan dapat digunakan sebagai bantuan pasca banjir bagi meneruskan kehidupan harian seperti biasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI