fbpx

Mayat lelaki dengan kesan tembakan dalam ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan penemuan mayat lelaki warga asing di ladang kelapa sawit persendirian, Sepupok, Niah, Miri kelmarin.

MIRI – Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan tembakan pada bahagian kepala dan badan ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit persendirian di Sepupok, Niah di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu daripada lelaki warga asing pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

“Siasatan awal mendapati mayat itu dipercayai lelaki asing berusia 40 tahun. Terdapat kesan tembakan di dahi, mata, leher dan perut mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih mengesan suspek serta saksi kejadian dan mendapatkan keterangan serta bukti bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian 085-433730. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI