fbpx

Wanita kelainan upaya pecah rekod dunia papan selaju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanya Sesser mencatatkan rekod dunia di Los Angeles sebagai dirian tangan paling lama di atas papan selaju. - Guinness World Records

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Seorang wanita di negeri California yang dilahirkan tanpa kaki, menempa namanya dalam Guinness World Records selepas meluncur papan selaju dalam kedudukan dirian tangan selama 19.65 saat, lapor agensi berita UPI semalam.

Kanya Sesser yang juga bekas atlet trek paralimpik, mencatatkan rekod dunia itu di Los Angeles dalam kategori dirian tangan paling lama di atas papan selaju.

Wanita berusia 31 tahun itu berkata, gelaran tersebut merupakan ‘salah satu detik kerjaya yang mengubah hidupnya’.

“Sungguh luar biasa untuk mencipta sejarah dan disaksikan oleh orang ramai. Saya telah memberi impak kepada orang lain untuk generasi akan datang,” kata Sesser.

Sesser yang juga aktif sebagai model dan pelakon, pernah membintangi beberapa rancangan televisyen termasuk The Walking Dead dan Hawaii 5-0, serta filem Babylon 2022. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI