fbpx

[VIDEO] Rumah rosak penyewa buat sarang bitcoin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang pemilik yang kerugian selepas rumahnya dijadikan sarang bitcoin oleh penyewa.

PETALING JAYA – Seorang pemilik kediaman mengalami kerugian apabila rumah yang disewakan kepada penyewa rosak teruk selepas dijadikan sebagai ‘sarang’ bagi perniagaan bitcoin.

Menerusi hantaran TikTok pemilik tersebut, dia menceritakan rumah itu telah diserbu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas penyewa dari neraka itu didakwa mencuri elektrik dari kabel besar.

“Ini rumah pertama aku beli, aku sewakan dengan niat nak ringankan bulanan. Sekali penyewa jadikan rumah sewa aku sarang bitcoin.

“Hancur remuk hati tengok keadaan rumah kami,” katanya pada hantaran video itu.

Menjawab persoalan pengguna yang lain, dia memberitahu pernah datang sebelum ini untuk melakukan pemeriksaan, namun penyewanya tidak ada di rumah dan dia tidak boleh masuk lebih-lebih lagi semua kunci pintu telah ditukar.

Katanya, kesemua barangan termasuk mesin bitcoin juga telah dirampas oleh pihak berkuasa sewaktu serbuan tersebut.

“Penyewa dah lari dan ‘block’ nombor saya. Ada perjanjian ‘stamping’ siap semua, cuma tak tukar nama bil ke atas nama penyewa. Itu silapnya.

“Bil bulanan RM20++ saja, tapi bil saman tu yang tak tahu macam mana sebab nak kira dengan saman lain,” katanya pada ruangan komen.

Ujarnya lagi, penyewa tersebut menyewa kira-kira tujuh bulan dan dia turut melakukan pemeriksaan, namun tiada perkara pelik sepanjang tempoh itu.

“Ada perjanjian tapi TNB cakap sebab tak tukar nama bil atas nama penyewa tu, tuan rumah kena,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

@yoursoulskin Kisah aku dan PENYEWA DARI NERAKA!!! Jangan ingat boleh terlepas sebab ic, stamping, perjanjian sewa semua ada! #penyewadarineraka #fypシ゚viral #viralmanjung #behindthescenes ♬ suara asli – Penyair Emosian

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI