fbpx

[VIDEO] Adik suspek serang balai polis Ulu Tiram diarah jalani rawatan kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARIAH diarah menjalani rawatan di hospital selepas mengalami simptom kemurungan.

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini memerintahkan seorang wanita yang merupakan ahli keluarga yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Mei lalu, mendapatkan rawatan di hospital setelah didapati mengalami simptom kemurungan.

Hakim Rasidah Roslee memutuskan perkara itu selepas peguam yang mewakili kelima-lima tertuduh, Faizal Rahman, membuat permohonan agar tertuduh kelima, Mariah Radin Imran, 19, dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Peguam tersebut turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mariah dikesan mempunyai tanda-tanda kemurungan ketika bertemu anak guamnya itu yang ditahan di Penjara Simpang Renggam.

“Saya mohon mahkamah untuk merujuk Mariah ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut segera berikutan tanda-tanda kemurungan yang dikesan ketika bertemunya akhir Jun lalu,” katanya ketika prosiding sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh mendapatkan rawatan hospital dengan kadar segera tanpa gagal.

Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik tidak membantah permohonan peguam terbabit dan bersetuju supaya Jabatan Penjara mengambil tindakan yang sewajarnya.

Fazeedah turut memohon mahkamah supaya menetapkan tarikh sebutan semula baharu susulan laporan pakar keganasan masih belum dilengkapkan.

Hakim menetapkan 2 September depan sebagai tarikh baharu sebutan semula kes itu bagi mendapatkan laporan pakar keganasan sebelum dipindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI