fbpx

Tertekan di asrama punca Fiffy Arnatasya lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fiffy Arnatasya

KUALA PILAH – Remaja perempuan, Fiffy Arnatasya Abdullah, 16, yang dilaporkan hilang 28 Jun lalu telah kembali ke pangkuan keluarganya di Juasseh, di sini, dalam keadaan selamat semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan remaja berkenaan daripada keluarga angkatnya pada kira-kira pukul 3.45 petang.

Menurutnya, hasil rakaman percakapan orang hilang tersebut telah mendedahkan bahawa punca keluar daripada rumah kerana mengalami tekanan di asrama sekolah.

“Sepanjang tempoh kehilangannya, dia telah tinggal bersama rakannya di Johor. Justeru pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah tampil menyalurkan maklumat,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Fify Arnatasya yang mana kehilangannya adalah kali kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI