fbpx

Serie A: Varane sah beraksi bersama Como

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARANE sah menjadi pemain Como yang akan beraksi buat kali pertama di Serie A selepas 20 tahun. - FB COMO

ROM – Bekas pemain pertahanan Real Madrid dan Manchester United, Raphael Varane akhirnya sah menjadi milik pendatang baharu Serie A, Como selepas kontraknya di Old Trafford berakhir.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu berstatus ejen bebas sejak 30 Jun lalu selepas The Red Devils memilih untuk tidak mengaktifkan klausa sambungan kontraknya untuk tempoh setahun lagi.

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu tiba di Como selepas seminggu bekas bintang Arsenal, Chelsea dan Barcelona, Cesc Fabregas diumumkan sebagai jurulatih baharu pasukan itu yang berjaya dipromosi dari Serie B ke saingan utama Itali.

“Pada awalnya saya sangsi dengan projek yang Como sedang rencanakan, namun kemudiannya saya melihat sesuatu yang istimewa, berbeza berbanding tawaran lain yang saya terima menyebabkan saya bersetuju untuk menyertai kelab ini.

“Saya belajar memahami projek yang mereka rancang dan ia sangat menarik kerana memberikan saya perspektif yang saya inginkan. Ada banyak kerja yang perlu dilakukan, namun ia sangat menarik.

“Saya memiliki banyak pengalaman di peringkat tertinggi dan sekarang saya bersedia untuk berkongsi dengan rakan sepasukan baharu serta membantu kelab ini meningkat dengan lebih baik.

“Kali ini saya bertemu Cesc lagi, tapi bukan sebagai pemain lawan. Saya sangat gembira dan kagum dengan falsafah dan keghairahan beliau dalam bola sepak. Apabila kami bercakap, ia sangat mudah untuk difahami,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI