fbpx

Sebulan tak bersiaran di Era FM, Haniff Hazmah undur diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUDAH sebulan tidak ke udara, Haniff Hamzah undur diri daripada Era FM. - Foto FIRDAUS JOHARI

KUALA LUMPUR – Selepas 14 tahun berkhidmat di Era FM, penyampai radio Haniff Hamzah mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat di stesen radio berkenaan.

Ujar Haniff Hamzah, 38, keputusan itu terlalu berat namun menyifatkan segalanya sudah tertulis dan tindakan dibuat secara profesional.

“Keputusan ini terlalu berat sebenarnya tetapi saya punya usia bersama Era sudah terlalu lama.

Perginya seorang penyampai ini membuka ruang untuk orang lain, jadi saya kira ini masa yang tepat untuk mengucapkan selamat tinggal walaupun agak mengejut.

“Kalau fikir lama sangat, tak jadi pula nak berhenti. Mahu kata terlalu mengejut tidak, nak kata sudah lama rancang pun tidak tapi apabila ada satu peluang, saya ambil dan jalan saja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Haniff berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra dengar album Pop Shuvit berjudul Phantom Frequencies, di sini, hari ini.

Enggan mengulas lanjut, Haniff berkata, dia sudah tidak ke udara sejak sebulan lalu dan segalanya akan diumumkan secara terperinci menerusi platform media sosialnya esok.

“Mahu cakap banyak pun macam banyak soalan daripada jawapan. Esok 1 Ogos saya akan buat pengumuman, keputusan ini berat tetapi harus dilakukan.

Saya sudah sebulan tidak kerja di radio. Saya ke udara terakhir pada 2 Julai lalu cumanya saya tidak mengumumkan apa-apa sehingga tiba masa yang sesuai.

“Saya pergi secara profesional dan dipersetujui, saya tiada drama disebalik itu. Era banyak membantu saya, saya banyak menumpang mereka. Dengan itu kami berpisah secara profesional,” ujarnya lagi.

Bukan keputusan seorang diri, bapa kepada dua cahaya mata itu juga mengakui sudah mendapatkan pendapat keluarga dan orang terdekat mengenai pilihannya itu.

Perbincangan juga dibuat bersama keluarga. Tanya pendapat mereka juga termasuk abang saya.

“Syukur mereka memberi sokongan atas apa jua keputusan saya.

“Saya harap semua orang tetap menyokong saya pada perjalanan saya seterusnya,” tutupnya.

Terdahulu, Astro Radio menerusi kenyataan media mengumumkan Haniff sudah menamatkan perkhidmatannya di stesen radio Era kerana meneruskan kerjaya radionya ke peluang lebih baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI