fbpx

RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah ketika di Dewan Negara hari ini. FOTO JAPEN.

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, di bawah pindaan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) itu akan memasukkan peruntukan berhubung kerangka pelaporan dan penzahiran maklumat pemunyaan benefisial.

Beliau berkata, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyediakan garis panduan serta soalan lazim (FAQ) bagi memberikan kefahaman kepada entiti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) agar mematuhi perundangan baharu tentang penzahiran pemunya benifisial di samping memaklumkan tiada kos atau fi pendaftaran digunakan.

“PLT mempunyai obligasi untuk mengenal pasti dan mendapatkan maklumat pemunya benifisial jika seorang individu itu mengetahui beliau seorang pemunya benifisial kepada PLT berkenaan.

“Individu itu juga mempunyai obligasi untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada PLT. Jadi ini penting sebab kalau kita tidak maklumkan, dia akan ada ‘interest’ ataupun dia akan dapat keuntungan atau dia yang buat keputusan, itu maksud pemunya benifisial,” katanya di Dewan Negara hari ini.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara majoriti selepas dibahaskan oleh lima senator. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI