PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di enam negeri petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu melibatkan kawasan seluruh Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling).
“Di Perak, antara kawasan yang dijangka hujan lebat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).
“Negeri di Pantai Timur seperti Kelantan (Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Rompin) juga diramal mengalami hujan lebat petang ini,” katanya.
Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, cuaca diramal hujan di Johor melibatkan kawasan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Ribut petir turut diramal di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” katanya. – KOSMO! ONLINE.