fbpx

Priyanka dapat trak ‘dosa’ kejutan hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA menerima kejutan sebuah trak makanan yang menyediakan sejenis menu tradisonal India, iaitu dosa sempena hari lahirnya baru-baru ini.

JARAK bukan penghalang buat penyanyi Nick Jonas untuk memberikan kejutan buat isterinya, Priyanka Chopra yang meraikan ulang tahun ke-42 pada 17 Julai lalu.

Priyanka kini berada Gold Coast, Australia bagi menjalani penggambaran drama bersiri siaran Netflix, The Bluff sekali gus terpaksa berpisah dengan suaminya selama beberapa minggu.

Namun anggota Jonas Brothers yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat itu membuat kejutan manis dengan menempah sebuah trak makanan tradisional India, dosa buat Priyanka. Momen tersebut dikongsikan Priyanka menerusi Instagram yang menunjukkan kru serta pelakon lain sedang beratur mengambil makanan.

Ibu kepada seorang anak itu turut menzahirkan rasa terharu selain meluahkan kerinduan terhadap Nick serta anak mereka, Malti Marie Chopra Jonas. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada kenalan dan peminat yang mengirimkan hadiah kepadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI