fbpx

Pengawal keselamatan dituduh buat status jelik terhadap pendakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi didakwa atas tuduhan memuat naik status jelik terhadap pendakwah menerusi akaun Facebook miliknya di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pengawal keselamatan sekolah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik status jelik terhadap pendakwah dan agamawan di akaun Facebook miliknya pada November tahun lalu.

Tertuduh Abdul Hadi Fadzil, 49, walau bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang dibaca di Bandar Laguna Merbok, di sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari, 14 November 2023.

Dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hafiz Hashim mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, namun Abdul Hadi yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan atas alasan tidak mempunyai wang.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 September ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI